Hubby kate cuti lame ni nanti mesti mama habiskan masa dgn berblogging..
hihi..xtaula kan, tapi mmg rase nak share experience bersalin ni kat blog
Sebab before bersalin, sy sendiri pon mmg banyak baca kisah2 bersalin so that bersedia la sikit kan plus takdela blur sgt nnt time bersalin
Tak fair la pulak if sy xshare jugak
ok..saya punye EDD adalah pada 18.11.2013
Dan sy plan mahu mula cuti pada 4.11.2013 iaitu 2minggu awal
Tapi, baby mahu keluar 2minggu++ lebih awal pada 37w3d tarikh 29.10.2013
Jadi hari ni adalah hari ke 13 berpantang
25.10.2013(Jumaat)
Mama ambil cuti sbb nak balik check up dekat Pusat Perubatan Intan, Kuala Terengganu sebab plan nak bersalin kat situ
Balik Terengganu dlm pukul 3 petang lepas hubby solat jumaat
26.10.2013(Sabtu)
Check up di Pusat Perubatan Intan, Kuala Terengganu
Macam biasa check up urine, BP dan scan
Masa scan tu, Dr ckp baby dah matang
27.10.2013(Ahad)
Balik ke Mentakab
28.10.2013(Isnin)
Kerja macam biasa. Tapi hari ni dah asik rasa nak buang air besar tapi xmahu keluar
Malam keluar makan malam as usual ngan hubby, otw gi mkn dan balik mkn dah rasa perut mengeras, tapi agak extreme drpd biasa
Bila hubby langgar bumper ke ape terasa sgt
29.10.2013(Selasa)
Tidur seperti biasa tapi start 12tgh mlm terasa keluar air mcm kencing time tidur
terjaga dari tidur dan check tengok ada air keluar beserta lendir
Kejut hubby pastu hubby kata dah tanda dah ni
Hubby ajak gi hospital, tapi sy ckp tunggu dulu sebab baca2 kisah bersalin orang lain and tanya kawan2 better tunggu betol2 sakit baru gi hospital *dont do this ye*
lain orang lain kot kesahnye
Jadi saya hold dulu
Lepas tu je memang dah xboleh tidur, sakit datang selang 5-10minit macam tu
Sementara xboleh tidur tu sy kemas2 pape yang patot, actually barang dah kemas cuma sy kumpulkan kat satu tempat so that nanti senang hubby amek je
Time ni hubby zzZZzzz lagi
Saya biar hubby tidur dulu sebab nanti kalau dua2 xcukup tidur susah pulak kan
Time ni jugak saya minum air selusuh yang hubby buat dan saya rendam air akar bunga fatimah. Time rendam tu after 10 minit ke berapa minit (tak ingat) bunga tu kembang. Orang cakap kalau bunga tu dah kembang tandanya dah nak bersalin. Tapi masa tu xterfikir pulak dah nak bersalin sebab plan kalau gi hospital nanti if xde sebarang bukaan lagi saya nak balik terengganu ngan hubby sebab memang plan nak bersalin kat teganu
Saya asek tgk jam time sakit tu sebab rasa macam wat a longgg nite...
Dah pukul 430 pagi hubby terjaga sebab sy asek kuar masuk bilik sebab xleh tidur punya pasal
Lagi baring lagi sakit
Hubby srh siap2 mandi nak gi hospital, time ni siap2 pape yg patot dan mandi
Nak mandi pon seksa sebab bila sakit berhenti jap mandi
Around 6a.m macam tu gerak ke hospital, sebenarnye bukan hospital (General Hospital) tapi kami memang plan if tiada pape problem, nak bersalin di Klinik Pakar Wanita Chan di Mentakab in case bersalin awal. Masin mulut hubby sebab sebelum ni dia memang ada cakap ni mesti bersalin kat Klinik Chan ni
Masa masuk kereta nak ke Klinik saya sempat gelak sebab rase keadaan sakit2 dan kalot2 ke klinik tu kelakar, xtahu kenapa
Hubby siap ckp eh?gelak pulak?
Sampai klinik, ingat memang xde bukaan sebab sy ckp kt hubby xyah angkat barang2 dulu sekali bila masuk midwife kata bawak semua barang
Midwife tanya nak duduk open ward ke bilik VIP, masa tu tgh sakit2 sy xsempat fikir dah, terus letak barang kat bilik VIP. bilik cuma ada satu je kat klinik tu. yang lain katil2 open ward. Klinik Chan adalah rumah bersalin yang kecil je kat Mentakab ni tapi xkesahla as long as sy nak cepat dan hubby boleh teman all the time
Midwife mintak sy tukar pakai kain batik
Baring atas katil kat labor room midwife srh minum air selusuh if ada, time ni sy minum lagi plus air akar bunga fatimah
Midwife bagitahu nak check jalan, dia seluk kat bawah tu pastu sy jerit sebab terkejut
Midwife jugak srh sy baca Laa ila hailla anta....
Bukan sy je yg terkejut hubby pon terkejut jugak
Midwife bagitahu dah bukak 5cm
Terkejutla jugak dah 5cm, then dengar midwife call doktor bgtau ade patient dan jalan dah buka 5cm
Midwife srh tunggu masa jela nak bersalin. Around 7a.m lebih macam tu doktor sampai, doktor cek jalan lagi skali dah 8cm. Time doktor seluk ni kurang skit rasa sakit sebab maybe tadi first time seluk kot
Doktor minta nurse masukkan satu tiub kat bontot untuk masukkan ubat keluarkan najis agaknya. Sy pon xpasti.
Nurse letakkan satu bekas untuk tadah najis tapi xkeluar
Bila sakit datang and ada bekas tu kat bawah rasa menggangu dan sakit bertambah sakit
Sy tolak bekas tu then lepas tu keluar najis, bila sakit je keluar lagi
Sy tanya nurse sy poo poo lg ke?dia kata xpe..biasa la ni
Yela, rasa jugak mcm entah pape duk poo poo je kan
Bila sakit doktor and nurse srh teran, dia mintak angkat kepala dan teran kat bawah
Bila sakit sy buat macam tu tapi baby xkeluar
Mungkin salah teknik ataupon sy mmg xreti teran
Midwife srh mengiring ke kiri atau ke kanan supaya lebih cepat baby keluar
Tapi bila mengiring sakit tu jadi terlalu sakitttt..
Sampai satu tahap sy gigit tangan hubby sebab sakit sgt2
Sian hubby... :(
Mula-mula sy ade bawak towel kecik sbb nak gigit time sakit tapi dah sakit2 tu xtau towel tu hilang kemana dah
Midwife srh mengiring ke kiri atau ke kanan supaya lebih cepat baby keluar
Tapi bila mengiring sakit tu jadi terlalu sakitttt..
Sampai satu tahap sy gigit tangan hubby sebab sakit sgt2
Sian hubby... :(
Mula-mula sy ade bawak towel kecik sbb nak gigit time sakit tapi dah sakit2 tu xtau towel tu hilang kemana dah
Bila sy teran lagi baby xkeluar jugak plus badan baby x straight tapi badan baby berada di kanan, doktor srh nurse tolak2 perut sy. Time ni hubby kata takot sgt tgk mcm nak bunuh bini dia kata.
Dah buat macam tu pon baby xkeluar jugak doktor tanya kita guna forsep ye?Masa tu xtau pon apa bende forsep tu, tapi penah la dengar, sy pon setuju je sebab mmg dah sakit.
Doktor pon amek alat forsep keluarkan baby, akhirnya baby keluar jugak tepat jam 8.53 pagi (jam hubby) tapi register jam 8.55pagi
Baby dibersihkan pastu doktor tinggalkan sy sekejap sebab nak sedut buang kahak/lendir2 baby pastu baru dengar baby nangis.
Pastu tibalah giliran mama plak, doktor keluarkan uri, pastu nurse tekan2 perut doktor nak cek ada lagi x darah. Dah keluarkan uri, mula sesi jahit menjahit. Agak banyak jugak jahitan sebab masa bersalin perasan doktor gunting bawah tu plus dengan forsep kan lg banyak jahitnya
Dokor siap terangkan pada hubby pasal jahitan tu...fuh..dah selesai..
Pastu di tolak masuk bilik
Ok..cukup sampai di sini...
dah lenguh2 sakit pinggang :p
byeee..
psssttt: sy xcerita sgt yg ngeri2 nanti korang takot plak.hehe
Nanti sy share lg details bersalin di Klinik Chan
0 kepochi